Pelakon, Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan menghadiri sebuah pameran kereta untuk mengambil kenderaan baharunya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Puteri Sarah, atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dilihat bersama seorang perunding jualan.
Namun, jenis dan jenama kereta baru yang dimilikinya masih dirahsiakan.
Di ruangan kapsyen, pelakon meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dilimpahkan buatnya.
Alhamdulillah syukur rezeki hari Jumaat.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat seorang individu yang mendakwa kereta itu merupakan hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Walau bagaimanapun, pelakon itu menafikan dakwaan tersebut.
Kenapa dia nak bagi saya hadiah?
Dia bukan suami lagi pun.
Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.