Penyanyi Naim Daniel memang dikenali dengan penghasilan lagu-lagu yang menarik dan dekat di hati peminat.
Pelantun lagu Purnama ini sebelum ini ada memaklumkan bahawa dia telah pun membeli rumah hasil titik peluhnya menyanyi dan juga berlakon.
View this post on Instagram
Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Naim ada menunjukkan sedikit hiasan dalaman rumahnya sambil berbaring di atas sofa sambil bermain permainan video.
Kelihatan selesa benar dengan kehidupan bujangnya yang baru sahaja mencecah 24 tahun itu.
Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil memberi komen usikan yang menghiburkan.
View this post on Instagram
Paling mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan penyanyi Noh Salleh yang memberi fokus kepada selipar digayakan Naim Daniel.
“Geram ja selipar mesra muslim..” tulis Noh.
Naim kemudian membalas dengan menjawab “Beli kat Nilai Okay…“, berseloroh.
Terdahulu, Naim Daniel turut lantang mempersoalkan kredibiliti kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 di Malaysia menerusi Twitter dan juga Instagram.