Kemelut antara bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan dan juga penyanyi Watie Sadali nampaknya masih berterusan sehingga ke hari ini.
Sebelum ini Watie diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang untuk membayar RM2,500 sebulan kepada Hana berikutan isu hutang bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendedahkan bahawa Watie tidak pernah membayar wang tuntutan malah tidak pernah bertemu dengannya bagi mencari jalan tengah sekiranya dia menghadapi kesusahan untuk melunaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah.
Setidaknya beritahu saya jika dia hanya mampu bayar sedikit, bukannya diam dan tidak ada usaha buat sebarang bayaran.
Hana juga meluahkan rasa kecewa apabila mendapat tahu Watie kini hidup mewah dan berjaya dalam perniagaan yang diusahakan dan hairan mengapa aktres tersebut enggan membayar hutang.
Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah.
Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang lenang.
Selain itu, Hana juga memaklumkan bahawa kes tersebut akan disebut semula pada 29 Disember ini dan sekiranya Watie gagal membayar ganti rugi, pelakon itu akan berdepan hukuman penjara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.