“Beli Jambangan Coklat RM 40, Dapat Yang Macam RM 10”

Trending

“Beli Jambangan Coklat RM 40, Dapat Yang Macam RM 10”

Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di akaun Facebooknya kerana produk yang dibeli dari seorang penjual dalam talian tidak sama seperti yang diiklankan. Wanita itu yang menggunakan nama Facebook Ayuni Salwani mendakwa membayar RM 40 untuk satu jambangan coklat tetapi hasil yang didapati kelihatan seperti buah tangan amatur dan nilai coklat juga seperti bermodalkan tidak sampai RM 20.
BouquetAN

Ayuni telah menghantar mesej mengadu mengenai produk itu yang tidak sama seperti yang diiklankan penjual tetapi mendapat jawapan acuh tak acuh dari penjual itu yang ‘malas melayan pelanggan yang membuat aduan’.

Advertisement



Tulis Ayuni di akaun Facebooknya:

MINTA MAAF SEMUA. Cik kak ni layan customer macam apa!

Nak marah-marah kita balik dah satu hal! Kita bukannya suruh dia buat yang RM 10! Siap caj delivery, walaupun mahal janji cantik puas hati!

Alasan semasa dia nak hantar coklat ni ialah ‘TENGAH DRIVE’! Bila kawan saya cakap dia hanya duduk sebelah driver sahaja! Penipu ke apa?

Minta tukar dia pula suruh kita naik Parit Jawa! Layanan macam apa!

Lain kita minta lain yang kita dapat! Surprise birthday girl jadi hancur sebab semua ini! Jangan sesiapa lagi tertipu dengan dia ni!

1
2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

Disebabkan tidak mendapat kerjasama dari Shuk Izwa untuk menggantikan produk tersebut, Ayuni telah menularkan mengenai Shuk Izwa di laman sosial.

Kebanyakan Netizen menyokong Ayuni, mendakwa Shuk Izwa ternyata tidak mempunyai kemahiran untuk menghasilkan jambangan coklat yang cantik dan mengambil terlalu banyak untung menggunakan coklat yang murah untuk jambangan berharga RM 40.

Ada yang memberi maklumat hubungan penjual jambangan coklat yang cantik pada harga berpatutan dan ada yang meminta Ayuni belajar sendiri cara menghasilkan jambangan itu di Internet kerana ada tutorial khusus untuk mereka yang ingin menghasilkannya.

Ayuni mendedahkan tentang perkara ini kerana tidak mahu ada pelanggan lain yang tertipu sepertinya.

Berikutan Ayuni memularkan tentang itu di media sosial, Shuk Izwa didapati telah menukar akaun Facebooknya kepada nama baru.

amazingnara.com
Sumber: Ayuni Salwani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...