Beli Honda Civic Baharu, Ramai Peminat DM Ajak Afieq Shazwan Menikah

Hiburan

Beli Honda Civic Baharu, Ramai Peminat  DM Ajak Afieq Shazwan Menikah

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan baru-baru ini membeli kereta baharu jenama Honda Civic FE.

Memetik laporan mStar, niatnya memuat naik gambar kereta baharu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya untuk berkongsi kejayaannya di dalam hidup.

Advertisement

Bertanya soal sama ada pernah menerima ‘direct messages‘ (DM) setelah membeli kereta tersebut, Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros mengaku mendapat pelbagai pesanan daripada peminat-peminatnya.

Afieq turut memberitahu bahawa kebanyakan DM yang diterima adalah daripada wanita yang mengajaknya untuk berkahwin.

Selain itu, ada juga yang berkata hendak masuk meminang Afieq, namun penyanyi muda itu menjelaskan perkara tersebut hanyalah caranya berinteraksi dan bergurau bersama peminat.

Dalam pada itu, Afieq menjelaskan tujuan utama kereta itu dibeli adalah untuk memberi keselesaan diri dan keluarga.

Afieq juga sempat menitipkan kata-kata nasihat untuk orang di luar sana agar sentiasa menjaga ibu bapa dan ingat tujuan hidup di dunia ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

2 years ago

(VIDEO) "Dia Pulak Yang Ceraikan..." - Watak Erra Lafaz Talak 3 Dekat Suami Dapat Perhatian Penonton

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...