Beli Gelaran Datuk? Pengguna TikTok Dedah Nama Selebriti Yang Pernah Terima Darjah Kebesaran

Hiburan

Beli Gelaran Datuk? Pengguna TikTok Dedah Nama Selebriti Yang Pernah Terima Darjah Kebesaran

Sebelum ini kecoh gelaran Datuk yang diterima oleh penyanyi, Ifa Raziah tidak tersenarai dalam sistem yang membuatkan ramai mendakwa bahawa dia ‘membayar’ untuk mendapatkan darjah kebesaran.

Susulan perkara itu, warganet meminta pengguna TikTok yang dikenali sebagai @putihshushu supaya mendedahkan kebenaran di sebalik gelaran Datuk atau Dato’ yang diterima oleh selebriti-selebriti tanah air.

Advertisement

Status itu disemak melalui laman web Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat demi membuktikan kesahihan gelaran yang telah diterima oleh beberapa golongan selebriti.

Selebriti ternama seperti Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ Ramli M.S, Dato’ Aliff Syukri, Dato’ Sri Vida, Dato’ AC Mizal, Datuk Shah Rukh Khan dan ramai lagi semuanya tersenarai dalam laman web berkenaan.

Terdahulu, suami kepada pelakon Heliza Helmi turut mendapat perhatian netizen selepas didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri palsu yang tidak dianugerahkan dari mana-mana istana.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

2 years ago

"Buat Malu Saja.." - Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...