Beli Emas Tahun 2002 Bernilai RM2.3K, Jual Semula Tahun 2025 Dapat RM18,700

Kehidupan

Beli Emas Tahun 2002 Bernilai RM2.3K, Jual Semula Tahun 2025 Dapat RM18,700

Sesetengah orang memilih untuk membuat pelaburan jangka masa panjang dengan membeli dan menyimpan emas sehingga tibanya waktu untuk mereka memerlukan wang.

Video dikongsi seorang pengguna TikTok ini meraih perhatian selepas dia berkongsi keuntungan luar biasa yang diperoleh selepas menjual gelang emas dibelinya pada tahun 2002.

Advertisement

beli emas RM2k tahun 2002

Ceritanya, sekitar tahun tersebut dia membeli gelang emas berkenaan pada harga RM2,314 termasuklah dengan bayaran upah.

Baru-baru ini dia membuatkan keputusan untuk menjual gelang terbabit dan terkejut apabila mendapat tahu jumlah untung bersih bernilai RM16,404.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian dan pelbagai jenis komen daripada warganet yang teruja terutamanya mereka yang memilih emas sebagai pelaburan.

Ada yang berkata pada tahun 2002 jika seseorang membeli emas bernilai RM2,000 dianggap kaya dan berduit kerana ia ibarat RM20,000 pada masa kini.

komen netizen komen netizen komen netizen

Bursa ksl
2 months ago

Jangan Tunggu Harga Makin Naik! Ini Sebab Kenapa Emas Jadi Aset Pelaburan Paling Selamat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...