Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Beli Benda Perlu Sahaja..” Dari Kecil Tahu Erti Penat Cari Duit, Mawar Rashid Tayang Ipad Baru Di Instagram

Pelakon cantik, Mawar Rashid mengakui dirinya tidak suka berbelanja secara boros dan sangat berhati-hati dalam soal penggunaan wang ringgit.

Malah, Mawar yang kini sedang hamil anak kedua ini juga turut berkata bahawa dia mengamalkan sikap berjimat cermat sejak kecil lagi dan hanya membeli barang keperluan melebihi kehendak.

Advertisement

Dia yang memuat naik foto dirinya memegang sebuah Ipad keluaran Apple yang baru saja dibelinya turut menulis kapsyen panjang lebar mengenai sikap berbelanja yang diamalkannya selama ini.

View this post on Instagram

TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH!!? . . Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’.. dari kecik x suke ngan attitude boros ni.. sbb dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. that’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe ? #kawalhawanafsu . tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je. . Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe . Thank you all yang support produk @mawarosehq ?

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

“Tak suka attitude boros ni!. Mekwa ni sejenis berjaga-jaga on ‘spending money’, dari kecik tak suka dengan perangai boros ni. Sebab dari kecil Mekwa tahu penat susah nak cari duit..sebab tu Mekwa beli benda yang betul-betul Mekwa perlukan je..”

Advertisement

Dalam entri itu, Mawar akhirnya dapat juga membeli Ipad peribadi kepunyaannya sendiri berikutan dia sering saja kehilangan buku nota miliknya.

View this post on Instagram

“Walaupun mommy sibuk kerja jadi ARTIS dan sibuk untuk @mawarosehq SQUAD.. NI SEMUA UNTUK….” Semua ni untuk Anak2 mommy.. mawarose squad pun anak2 mommy jugak..mommy x nak bazirkan masa dan tenaga yang Allah bg kat mommy ni.. Mommy bertanggungjawab untuk jd contoh yg baik kpd anak mommy. Walaupun sesibuk mana, mommy x kan pernah stop utk mendidik anak mommy utk pastikan anak mommy jd ‘seseorang’ nanti. Mommy nak anak mommy jadi anak yg SOLEH, hatiBAIK, INDEPENDENT , STRONG,BIJOK,RAJIN, dan besar nanti jd JUTAWAN YG DERMAWAN.. Mommy pun pikul tanggungjawab utk bantu anak mommy yg besar2 belaka dah?(mawarose squad) .. mommy nak pastikan squad2 ni dpt ILMU dan SEMANGAT yg cukup utk REZEKI yang lebih luas.. supaya anak2 mommy yg besar ni pun boleh bantu lebih ramai org yg memerlukan diluar sana.. I BELIEVE IN YOU ? P/s : Rafael pakai baju angry bird abg Rayyan time kecik2.. sbb tu nampak beggy sikit.. sebelum mommy kluar kerja utk @disini_malaysia , peluk puas2 dulu anak mommy ni ? Mua @syhimran77 Ootd , shawl & outfit @najjahgroup Produk for lip & cheek @mawarosehq

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Mawar yang bernikah dengan adik kepada chef terkenal Fazley, Raden Ahmad Faizal Yaakob telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua, tidak lama lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Elliza Razak

    September 24, 2020 at 7:20 pm

    SETUJU

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top