Nak memulakan perniagaan ni bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, banyak aspek yang perlu dijaga terutamanya dari sudut kepuasan pelanggan, rasa, modal dan banyak lagi. Strategi pun kenalah hebat.
Tambah-tambah pula, karenah pembeli ni memang ada yang cerewet lah, riak muka sombong lah, tapi tidak dinafikan masih ramai lagi pelanggan yang tahu adab dan sangat memahami. Betul tak?
Nak dijadikan cerita, tular di media sosial mengenai rungutan seorang pelanggan yang meluahkan rasa kesal mengenai segelintir peniaga yang tidak pandai masak tetapi mahu berniaga. Alahai..
“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap”
Pun begitu, individu itu turut mengatakan bawa dia bukanlah tidak bersyukur tetapi menyeru sesiapa yang masih tidak mempunyai kebolehan untuk memasak, agar tidak berkecimpung dalam dunia perniagaan. Yelah tuu, nak niaga ni kena belajar la dulu, dah sedap baru jual kan..
“Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual”
“Time awak masak, awak tak cuba ke benda tu sedap ke tak?”
Ternyata posting yang dimuatnaik di laman Facebook dan Twitter ini mendapat tarikan ramai netizen, rata-rata menyokong kenyataan individu itu dan turut berkongsi pengalaman mereka.
Ada juga netizen yang mempersoalkan peranan ahli keluarga si penjual untuk merasa makanan yang dimasak sebelum menjual. haa, macam-macam betul.
Perkongsian itu telah mendapat 22.8k Retweet setelah dishare semula dilaman twitter oleh individu lain. Apapun, tak salah nak mencuba perkara yang baru, cuma biarlah kena pada tempat dan bakat ya.