Beli Barang Dapur, Kuna Kutip Duit Setiap Bulan Bantu Kru Produksi Terjejas PKP

Hiburan

Beli Barang Dapur, Kuna Kutip Duit Setiap Bulan Bantu Kru Produksi Terjejas PKP

Pelakon senior, Kuna Muzani menzahirkan perasaan sedih apabila melihatkan ramai kru produksi serta pekerja belakang tabir yang benar-benar terjejas pendapatan ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini.

KunaSumber : Instagram Kuna  

Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Muzani berkata, ada segelintir rakan-rakan produksi tidak mampu untuk membeli susu anak kerana gaji mereka berdasarkan ‘ada kerja, ada gaji’.

Advertisement

Dia yang kini mengusahakan karipap pusing sebagai usaha mendapatkan pendapatan sampingan walau bagaimanapun bersyukur kerana kehidupannya tidak terlalu terjejas kerana perniagaannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli.

Meskipun begitu, dia berasa sedih mengenangkan rakan-rakan produksi dan disebabkan oleh itu, dia nekad membantu dengan usaha sama rakan-rakan artis yang lain.

View this post on Instagram

A post shared by Kuna Muzani (@kunamuzani)

Menurut Kuna, dia dan selebriti yang lain akan mengumpul duit setiap bulan untuk membeli barang dapur lalu diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Siapa lagi hendak bantu rakan-rakan kita kalau bukan kita sendiri? Jadinya, saya kutip duit setiap bulan bersama-sama rakan-rakan artis untuk beli barang dapur dan kemudian diagihkan kepada golongan yang memerlukan.”

Tambah pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini lagi, mereka juga menjalankan derma dan sedekah untuk rumah anak yatim dan ibu tunggal serta pelajar di Universiti Islam Antarabangsa.

View this post on Instagram

A post shared by Kuna Muzani (@kunamuzani)

Perkembangan lain, Kuna bakal melancarkan koleksi busana raya yang diberi nama 9 Generasi hasil rekaan pereka fesyen Azirun Ramly yang turut menampilkan tiga lagi selebriti tempatan dalam kolaborasi kali ini iaitu Hafreez Adam, Ayu Damit dan Rykal Iskandar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...