Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kualiti beberapa jenama pakaian terkenal kerana menjual baju raya pada harga yang tidak setanding dengan kualiti.
Menerusi TikTok, wanita itu mendedahkan tahun ini dia memilih untuk membeli baju raya daripada satu jenama yang menjadi sebutan di media sosial.
Tahun ni nak try Y***** dengan harap kualiti yang sangat baik, berbaloi dengan harga. Saya order 5 pasang dan D**** P**** sampai dulu.
@samyaya20 Tahun ni nak try ynalee dengan harapan quality yang sangat baik, berbaloi dengan harga. Saya order 5 pasang & diana petra yang sampai dulu. So, buat self qc. Kualiti agak mengecewakan bagi saya sebab harga 6xx #ynaalee #dianapetra #raya2025 #brandynaalee #fyp #fypシ゚ #bajuraya2025 #bajurayatrend2025 #brandbajuraya2025 ♬ 오리지널 사운드 – Supark
Teruja dengan baju raya dibelinya, wanita itu kemudian membuka bungkusan dan memeriksa kualiti pakaian tersebut. Namun alangkah kecewanya apabila dia mendapati kualiti jahitan tidak memuaskan dan tidak setanding dengan harga yang dikenakan oleh jenama tersebut.
Bukan hanya satu yang kualitinya teruk tetapi baju raya yang lain dibelinya daripada jenama tersebut juga mempunyai kesan jahit yang salah sehingga mengubah design baju itu.
Teruk defect nya. Kalau (team) QC memang perasan tapi rasanya tak QC ni.
Difahamkan, wanita itu telah membuat hantaran tentang kualiti pakaian dibelinya namun katanya dia kecewa dengan cara pemilik jenama itu membalas mesej.
Langsung takde hati dah nak pakai brand ni. And saya decide untuk return juga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.