Beli Baju Dapat Sekali Bau Ketiak Masam, Diana Nasir Serik Beli Baju Online

Hiburan

Beli Baju Dapat Sekali Bau Ketiak Masam, Diana Nasir Serik Beli Baju Online

Diana Nasir, kakak kepada aktres Anzalna Nasir telah meluahkan rasa terkilan apabila menerima pakaian yang dibeli secara online tetapi sudah terpakai.

Malahan, pakaian tersebut juga berbau busuk dan kotor seperti pernah dipakai orang sebelum dijual semula kepada pembeli.

Advertisement

Dia yang meluahkan perasaan di ruangan instagram stories itu turut mengatakan itu bukanlah kali pertama dia menerima keadaan baju seperti itu.

“Beberapa bulan lepas juga dari Z****! Siap ada pin lagi, nasib tak tercucuk ketiak sis! Label baju pun dah lusuh, macam mana kalian tak perasan? Baju in bau ketiak teruk ya amat! Boleh pengsan! Jebon ni pakai pergi mana eh?”

Diana Nasir juga turut sempat memesan kepada platform perniagaan baju atas talian itu supaya memeriksa pakaian sebelum dijual kepada pengguna.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...