Beli Alat Pemanas Air Tak Ikut Piawaian, Pengguna Berdepan Risiko Maut?

Trending

Beli Alat Pemanas Air Tak Ikut Piawaian, Pengguna Berdepan Risiko Maut?

Sebuah persatuan yang mempertengahkan isu kualiti dan piawaian barangan hari ini melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes kematian disebabkan renjatan elektrik daripada alat pemanas air.

Advertisement

Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standards Users) menggesa penyiasatan secara menyeluruh ke atas punca insiden tersebut daripada menyalahkan kegagalan fungsi peranti perlindungan di rumah, susulan sekurang-kurangnya 6 insiden membabitkan kematian pengguna pemanas air.

“Tidak mustahil juga jika renjatan elektrik alat pemanas air berpunca daripada kerosakan alat pemanas air itu sendiri,” kata jurucakap Standard Users, Nur Asyikin Aminuddin, dalam satu kenyataan.

Jelasnya, peranti arus baki (PAB), atau residual current device (RCD) yang sering dituduh menjadi punca renjatan elektrik hanya berfungsi memutuskan elektrik apabila berlaku kebocoran arus ke bumi supaya mengelak renjatan elektrik.

“Oleh kerana PAB hanya bertindak sebagai peranti perlindungan, maka apa yang menjadi punca arus elektrik bocor?

“Mungkinkah dari alat pemanas air itu sendiri? Ianya tidak mustahil jika punca kematian itu adalah dari alat pemanas air kerana kerosakan alat tersebut juga boleh menyebabkan arus elektrik bocor,” katanya.

Standards Users menggesa pihak pengeluar alat pemanas air supaya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat dan risiko penggunaan alat tersebut kepada pembeli.

“Pembeli juga perlu mengambil tahu keperluan semakan dan pemeriksaan yang berkaitan sekiranya berlaku kerosakan pada alat pemanas air,” jelas Nur Asyikin.

Beliau juga memetik beberapa insiden kematian renjatan elektrik alat pemanas air sejak 2008 yang mana setakat ini tiada kenyataan rasmi mahupun laporan rasmi berhubung punca kematian yang boleh didapati secara umum.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...