June 13th, 2019

Sebut sahaja nama Nur Sajat, pastinya ramai yang kenal dengan usahawan kosmetik ini. Biarpun dihimpit dengan pelbagai kontroversi, Sajat tidak pernah peduli dengan komen negatif dan terus berusaha untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Berkat usaha perniagaan produk bengkung selama tiga tahun, Sajat menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa syukur dia kini sudah berjaya memiliki tanah sendiri seluas tiga ekar. Difahamkan, kedudukan tanah itu terletak berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka.

Sajat turut meyatakan hasratnya untuk membina masjid dan beberapa perumahan di situ. Bukan itu sahaja, dia juga ingin memberikan  rumah sebagai hadiah ganjaran kepada pekerjanya.

Niat murni Sajat itu mendapat sokongan  dan pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Apa yang dilakukan Sajat tidak dinafikan satu perkara yang baik, namun ada yang berharap agar satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka untuk berubah kembali ke fitrah asalnya.


25 responses to “Beli 3 Ekar Tanah, Sajat Berhasrat Mahu Bina Masjid Dan Bagi Rumah Untuk Pekerja”

  1. Anonymous says:

    harap terbukak hati dia g masjid lepas ni… time pagi raya org sebuk g masjid.. sajat sonyapppp jerrrkkk… apetah lagi kisah terawih… harap g masjid lah yer dgn pakaian lelaki yg sesuai

  2. anonymous says:

    3ekar ke 3hektar keee tak kesah lahh a least dia mampu beli korang nyibukk …nak beli suar dlm n coli pun nak kena tunggu gaji LOL

  3. tipahhhh says:

    aku xheran dah depa ni, tapi aku heran yg pakat follow n komen2,siap panggil dia KAK? n pompuan plak tu ? eh di dunia apakah aku hidup sekarang ini.

  4. Anonymous says:

    siapa akan mandikan mohamad sajjad sajadiah ini bila mati ye
    perempuan ke lelaki

Loading...