Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 47, hingga koma sejak empat tahun lalu.
Hakim Atan Mustaffa Yusoff Ahmad menolak rayuan tertuduh, Rosmaini Abd Raof, 42, dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember tahun lalu.

Mahkamah sebelum ini mendapati Rosmaini bersalah kerana memukul dan mencederakan isterinya dalam kejadian tragis yang berlaku pada 4 Mei 2021, menyebabkan mangsa koma dan masih tidak sedarkan diri hingga kini.
Kes ini mencetuskan perhatian ramai kerana tahap kecederaan serius yang dialami mangsa dan perjuangan keluarganya yang terus menjaga Jahidah dengan penuh kasih sayang walaupun keadaannya kekal tidak berubah.
Keputusan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa keganasan rumah tangga tidak akan dikompromi dan pesalah akan dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan mereka. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
