Belanjawan 2021: RM170 Juta Diperuntuk Kerajaan Bagi Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bawah KEMAS

Trending

Belanjawan 2021: RM170 Juta Diperuntuk Kerajaan Bagi Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Bawah KEMAS

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini memaklumkan, sebanyak RM170 juta diperuntukkan bagi program pendidikan awal kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Katanya, peruntukan itu antara lain bagi membiayai Bantuan Makanan Tambahan, Bantuan Per Kapita, serta penyelenggaraan dan pembaikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA).

Advertisement

Selain itu, kerajaan akan menyediakan Pusat Komuniti sebagai tempat jagaan untuk anak selepas tamat sesi persekolahan bagi meringankan kos sara hidup kumpulan B40 bandar terutama ibu bapa yang bekerja.

“Dengan peruntukan RM20 juta, Pusat Komuniti dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turut dilengkapi kemudahan penjagaan diri, kelas tuisyen, perpustakaan mini dan program bimbingan mentor,”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...