Belanja RM100 Di Rakuten & Menangi iPhone 6s

Hiburan

Belanja RM100 Di Rakuten & Menangi iPhone 6s

Selamat pagi. Apa khabar anda semua? Hari ini Abang Nara ada berita yang super duper menggembirakan buat para pembaca BeautifulNara. Sila pastikan anda duduk di kerusi kerana berita ini mampu membuatkan anda melonjak kegembiraan di pejabat sehingga menyebabkan rakan-rakan sepejabat anda pelik. First thing first, Abang Nara yakin kesemua pembaca BeautifulNara mesti tahu kehebatan laman web membeli-belah www.rakuten.com.my yang femes dengan tagline “Shopping Is Entertaiment” kan?

rakuten

Advertisement

Kalau bulan lepas Abang Nara ada kongsikan 5 tips membeli belah di Rakuten #RakutenShoppingHacks untuk mendapatkan lebih nilai wang anda. Bulan ini lebih awesome kerana www.rakuten.com.my ingin menghadiahkan 1 buah iPhone 6s 16GB kepada mereka yang bertuah. Yeah!!! (sila menjerit sekarang)

rakuten

gambar sekadar hiasan

Ok mesti semua tengah excited dan tak sabar nak menang kan? Rileks. Jangan gelabah sangat. Apa yang perlu korang lakukan hanyalah membuat pembelian bernilai RM100 di www.rakuten.com.my. Belanja RM100, boleh dapat iPhone 6s yang bernilai beribu-ribu ringgit. Memang berbaloi-baloi sangat kan? Tapi apa benda yang boleh dibeli di Rakuten Malaysia nie?

rakuten

Dengan lebih 210,000 produk daripada 900 buah kedai, Rakuten Malaysia sentiasa menjalankan promosi tak masuk akal untuk para pembeli setia mereka. Abang Nara tak sambut Valentine Day’s yang bakal menjelma 14 Februari ini, tetapi diskaun 70% di www.rakuten.com.my sempena Hari Kekasih ini memang tak boleh dilepaskan. Kot-kot ada yang nak beli hadiah untuk awek-awek/pakwe-pakwe tercinta, memang sesuai sangatlah beli di sini. Murah dan berbaloi-baloi. Jom kita tengok apa yang boleh dibeli bersempena promosi Valentine’s Day ini.

rakutenrakuten

Boleh tahan kan produk-produk yang boleh dibeli untuk si dia tercinta di www.rakuten.com.my kan? Perlu diingatkan, setiap pembelian akan membolehkan anda mendapat Rakuten Super Points (RSP). RSP ini ialah program ganjaran Rakuten yang membolehkan kita melakukan penjimatan pada pembelians seterusnya. Sekarang ini pula ada promosi 5X RSP. Jadi maknanya makin untunglah kita selaku pembeli di Rakuten. Contohnya macam kat bawah.

rakuten

Jika Abang Nara membeli Samsung Gear S2 Sport ini, Abang Nara akan mendapat 66/85 Rakuten Super Points/ 66.86 RSP ini adalah bersamaan dengan RM66.85. Banyak tue. Sapa nak kasik free-free camtue kan? Kalau RSP ini dikumpul lama-lama, boleh cecah ribuan points. Untuk makluman, 1 RSP = RM1. Masa tue bolehlah nak digunakan untuk beli something special untuk diri sendiri atau orang tersayang. Banyak penjimatan boleh dilakukan. Satu tips dari Abang Nara ialah sentiasa beli ketika ada promosi seperti 5X RSP. Untung banyak wei!!!

rakuten

Eh sembang punya lama terlupa pula nak beritahu cara nak menang iPhone tue. First thing first ialah buat pembelian minimum RM100 di www.rakuten.com.my Bila dah beli, lengkapkan borang di bawah dengan menggunakan email dan nama yang didaftarkan ketika membuat pembelian di Rakuten. Jangan lupa lengkapkan slogan “saya layak menang iPhone 6s kerana…” Buatlah karangan panjang sikit. Contoh mungkin korang boleh cakap nak bagi hadiah anniversary ke. Mana yang paling kreatif akan menang. Paling penting, email yang digunakan mesti sama dengan email anda di Rakuten.

Kalau anda belum mendaftar sebagai ahli Rakuten, bolehlah mendaftar di sini sekarang juga. Pendaftaran adalah percuma. Sila hantar penyertaan selepas anda membuat pembelian bernilai RM100 ye. Kalau nak beli lebih lagi bagus. Tarikh peraduan ini ialah dari 3 Februari sehingga 9 Februari. Selamat mencuba Abang Nara ucapkan. Nasihat Abang Nara, bila hantar penyertaan tue, tulis beria-ia sikit. Iyerlah hadiahnya ialah iPhone 6s yang berharga ribuan ringgit kot. Abang Nara akan pilih pemenang yang nampak kesungguhannya. Jangan lupa layari www.rakuten.com.my hari ini juga dan buat pembelian anda. Good luck!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...