Penyanyi dan juga pelakon sekali lagi mencuri perhatian peminat terutamanya lelaki apabila dia tampil bergaya mengenakan baju kebaya sempena lebaran tahun ini di ruangan Instagram miliknya.
Jika sebelum ini, foto serta video yang dimuat naik Elizabeth Tan yang mesra disapa sebagai Lizzy ini sering menjadi tempat kaum adam meninggalkan komen nakal dan ianya masih berterusan sehingga ke hari ini.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen foto hari raya Lizzy, berpusu-pusu lelaki miang meninggalkan komen ‘geram’ melihat penampilan penyanyi lagu ‘Knock Knock’ itu yang berkebaya menampakkan sedikit belahan pahanya.
View this post on Instagram
Gara-gara itu, penuh ruangan komen foto tersebut dengan hantaran reaksi lucah daripada peminat serta pengikut media sosialnya.
“Aduh, baru nampak kepala lutut sudah telan air liur.” tulis seorang netizen.
Seksi ke? Jaga jari daripada menulis komen tidak berfaedah ya!