“Belanja Ibu Bapa Lebih Baik..” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Peminat Justin Bieber?

Hiburan

“Belanja Ibu Bapa Lebih Baik..” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Peminat Justin Bieber?

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila penyanyi antarabangsa terkenal Justin Bieber dilaporkan akan membuat persembahan konsert jelajah Justice World Tour di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Namun, baru-baru ini pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun telah memuat naik satu hantaran di Facebook miliknya dan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan orang muda Islam di negara ini yang sangat mudah terpengaruh dengan hiburan barat.

Advertisement

Menurutnya, kebanyakkan generasi muda kini lebih memilih untuk mengikuti konsert Justin Bieber dan sanggup menghabiskan wang ringgit mereka sehingga ribuan ringgit semata-mata untuk membeli tiket.

asma

Wahai adikku, gunakan duit itu ke arah yang lebih bermanfaat seperti tampung kos makan minum, yuran pengajian, beli hadiah untuk ibu ayah, bantu adik-beradik atau orang yang lebih memerlukan.

Malah, Ustazah Asma’ turut menyarankan agar orang ramai melibatkan diri dalam program-program keagamaan disamping menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi tingkah laku anak mereka dan gunakan kuasa dan kemampuan yang ada untuk selamatkan ahli keluarga kita daripada tergelincir ke daerah maksiat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

idin
2 years ago

"Macam Langit Dengan Bumi" - Netizen Kecam 'Influencer' Bandingkan Kelas Agama Dengan Konsert Justin Bieber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...