Belanja Beratus Beli Kek Kejutan Birthday GF, Lihat Bagaimana Pemuda Ini Yang Terkejut Kemudiannya

Trending

Belanja Beratus Beli Kek Kejutan Birthday GF, Lihat Bagaimana Pemuda Ini Yang Terkejut Kemudiannya

Seorang pengguna Twitter, @ismihaqeem memberitahu rakannya bersemangat ke bandar untuk membeli kek kejutan ulangtahun kelahiran yang mahal untuk teman wanitanya setelah selesai menjalani peperiksaan dengan menunggang motosikal.


Malang sekali dalam perjalanan pulang pemuda itu bagaimanapun terserempak dengan teman wanitanya itu sedang ketawa di dalam kereta dengan lelaki lain di lampu isyarat.

Advertisement

Kek Baskin Robbins yang dibeli pemuda itu hanya tersadai di atas meja.

Hancur harapan cinta dikhianati

Habis beratus beli kek untuk makwe

Ada yang menasihatkan mungkin apa yang berlaku hanya salah faham, tidak semestinya dengan ketawa dalam kereta bersama lelaki lain bermakna teman wanitanya curang. Entah-entah dengan sepupu, jiran atau adik.

Ramai memberi respons meminta pemuda itu bersabar dan mengatakan pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak kurang juga beberapa orang pemuda menceritakan kejadian hampir serupa, di mana mereka buat bermacam-macam untuk kekasih, tetapi akhirnya kekasih mereka ada lelaki lain.

Ada juga mencadangkan agar kejutan dibuat dengan melenyekkan saja kek tersebut ke wajah kekasihnya.

Apa pun, anda masih muda dan masih banyak cabaran yang perlu anda harungi dalam hidup ini. Ada baiknya wang anda dibelanjakan untuk membahagiakan ibu anda atau diri anda sendiri selepas ini. Lakukan apa yang perlu, berhenti menangis dan teruskan kehidupan anda. – amazingnara.com

Sumber: @ismihaqeem

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...