“Belakang Tubuh Dan Tengkuk Mula Melengkung”, Doktor Kongsi Kisah Kanak-Kanak Tak Pernah Divaksin

Kehidupan

“Belakang Tubuh Dan Tengkuk Mula Melengkung”, Doktor Kongsi Kisah Kanak-Kanak Tak Pernah Divaksin

Golongan anti vaksin di Malaysia masih lagi teguh dengan pendirian mereka untuk tidak memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. Terbaru, seorang bayi lelaki di Malaysia dijangkiti virus Polio selepas 27 tahun Malaysia bebas dari penyakit itu.

Baca: “Sangat Mudah Merebak”, Penyakit Polio Kembali Di Malaysia Selepas 27 Tahun

Advertisement

Seorang doktor iaitu Suhazeli Abdullah berkongsikan kisah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang langsung tidak pernah divaksin seumur hidup.

Kes Tetanus- Mimpi Ngeri Antivaksin

jangkitan tetanus

Seorang kanak kanak berusia 6 tahun yang TIDAK PERNAH divaksinkan mengalami kecederaan ringan di dahinya semasa sedang bermain di kebun keluarganya. Luka tersebut di cuci dan dijahit di rumah.

6 hari kemudian, mangsa mula mengadu rahangnya menjadi ketat. Otot otot tubuh mula mengejang, belakang tubuh dan tengkuk mula melengkung. Tidak lama kemudian, kanak kanak tersebut mula alami kesukaran untuk bernafas.

Advertisement

“Kanak kanak itu dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa telah dijangkiti dengan kuman Tetanus”

 Alat bantuan pernafasan telah digunakan dan suntikan Tetanus immune globulin dan vaksin DTaP telah diberikan sebagai usaha untuk merawat mangsa.

Bersetuju anak divaksin

Pada saat kritikal ini, ibu bapa mangsa terpaksa bersetuju untuk memberikan vaksin untuk menyelamatkan nyawa anak mereka. Di dalam ICU, mangsa telah ditempatkan di sebuah bilik khas yang gelap, telinganya disumbat dan segala bentuk ransangan cuba dikurangkan.

polio

Pesakit polio

Ini adalah kerana, rangsangan yang berlebihan akan menyebabkan tubuh mangsa menjadi kejang dan alami kesakitan akibat otot otot yang mengeras.

Mangsa dirawat di hospital selama 57 hari termasuk 47 hari di ICU dengan kos rawatan yang mencecah 800 ribu USD.

Masih tetap pendirian anti vaksin

Setelah kanak kanak ini semakin sembuh dengan proses terapi dan rawatan susulan, nasihat dan cadangan telah di berikan kepada ibu bapa mangsa untuk melengkapkan vaksinasi termasuk mengambil dos susulan vaksin tetanus.

Malangnya, ibu bapa mangsa tetap dengan pendirian untuk menolak vaksin. Walau anak telah diambang kematian, ia masih tidak memberikan pengajaran kepada ibu bapa.

Sesungguhnya, anti vaksin tegar begini memang wujud dan sukar untuk ditangani. WHO sendiri telah menyenaraikan antivaksin sebagai antara ancaman utama kesihatan di seluruh dunia.

Advertisement

Pesakit polio

Hari ini kita boleh lihat, semakin banyak kes penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin ini muncul, semakin rancak antivaksin menyebarkan agenda mereka. Adakah kita masih boleh berdiam diri dan terus melihat “wabak” ciptaan ini terus berleluasa?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...