Belajar Sampai Darjah 6 & Gaji Pertama Beli Lembu, Kini Hasil Jualan Lembu Jana Untung Lebih RM1Juta

Trending

Belajar Sampai Darjah 6 & Gaji Pertama Beli Lembu, Kini Hasil Jualan Lembu Jana Untung Lebih RM1Juta

1-5Walaupun anda ada sijil lepasan Diploma, Degree mahupun Master itu semua tidak semestinya memberi jaminan untuk dapat kerjaya yang bagus. Macam pemuda yang bernama Saipol Azmir Zainuddin ni, dia cuma dapat habiskan pembelajaran sehingga darjah enam sahaja.

Tetapi berkat usaha gigih dan rezeki Allah, pengembala muda ini mampu peroleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu. Woww caya lah dengan dia ni. Tapi bagaimana perjalanan Saipol sebagai pengembala lembu ni? Jom baca kisahnya.

Advertisement

Dapat gaji pertama, beli lembu.. Apa??!

Screen-Shot-2016-05-25-at-12.46.18-PM

Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.

Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah.

Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.

Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.

Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri.

Miliki rumah & kenderaan sendiri sebelum kahwin

Screen-Shot-2016-05-25-at-12.46.31-PM

Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.

LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook.

Kumpul duit, beli tanah

Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimport dari mana-mana negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba musim korban.

Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak.

Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada ternakan lain.

Semakin berjaya

Screen-Shot-2016-05-25-at-12.46.39-PM

Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier saya berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.

Ini memberi petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.

Saya juga menawarkan kursus ternakan kepada mereka yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...