“Belajar Laju-Laju Nak Pergi Mana?” – Ibu Kecewa Tadika 6 Tahun Tak Terima Anak Sebab Jika Tak Pandai Membaca & Mengira

Hiburan

“Belajar Laju-Laju Nak Pergi Mana?” – Ibu Kecewa Tadika 6 Tahun Tak Terima Anak Sebab Jika Tak Pandai Membaca & Mengira

Seorang pengguna media sosial Facebook meluahkan rasa kecewa terhadap sistem pendidikan awal di Malaysia sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Tulis wanita yang juga seorang ibu ini, dia merancang untuk menghantar anaknya yang berumur 6 tahun ke tadika di kawasan berdekatan tempat kerjanya.

Advertisement

Namun, dia telah disoal guru di tadika tersebut sama ada anaknya sudah pandai membaca dan mengira dan jika tidak mereka tidak boleh mengambil anaknya.

Kejamnya pendidikan awal sekarang ni. Saya nak masukkan anak ke tadika tahun 6 di kawasan berdekatan tempat kerja saya. Tadika biasa bukan yang berfracais.

Tidak saya sangka, ini soalan GB pada saya. “Anak pun dah boleh membaca, mengira ke? Kalau belum, kami tak boleh ambik” It’s kindy for god sake!

Katanya lagi, pusat pendidikan awal seperti tadika dan taska sepatutnya menjadi tempat pemula kanak-kanak untuk belajar mengenai abjad dan nombor seumpamanya.

Facebook komenSumber : Facebook  

Di tadika bukan ke sepatutnya belajar asas kenal huruf dan nombor. La ni dah kena pandai baca novel ke baru boleh diterima.

Jelas wanita itu, corak pendidikan di Malaysia kini sangat menekan tahap keupayaan kanak-kanak dan hanya membawa keburukan berbanding kebaikan.

“Belajar laju-laju nak pergi mana? Berhasil ke nak jadikan anak-anak kita cemerlang akademik dengan cara ni?” tulisnya lagi dan pendapatnya juga dipersetujui ramai pihak.

Sifu lentik saat terakhir
10 months ago

(VIDEO) Sempat Kembali Pada 'Fitrah', Abang Kongsi Foto Sifu Lentik Saat Terakhir Sebelum 'Pergi'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...