Bertindak berkongsi tips bagaimana untuk menjadi suami yang terbaik, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini kembali menjadi perhatian netizen khusus kaum hawa.
Perkara itu dikongsi Saddiq sendiri menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik di laman Twitternya.
Parliament season back on and this is me listening to most important advice from 2 superwomen of Malaysia. Ok I’m all ready now! ?@yeobeeyin @hannahyeoh pic.twitter.com/1ctR26hpnB
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 4, 2020
Saddiq dilihat mengambil nasihat rumah tangga tersebut daripada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin.
Lebih menarik, perkongsian itu turut memaparkan beberapa nasihat menjadi suami terbaik antaranya sentiasa berkongsi kerja rumah, bantu isteri menjaga anak-anak, jangan menggunakan keganasan dalam rumah tangga dan jangan biarkan isteri bercakap seperti Doraemon.
Namun demikian, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkn rasa terhibur dengan perkongsian tips tersebut.
Bahkan, selepas teruja dengan video itu, wujud juga segelintir pihak yang tampil menawarkan diri untuk menjadi isterinya.