Written by Bella | October 7th, 2019

Pergolakkan rumah tangga pelakon dan penyanyi Lufya Omar masih belum reda. Baru-baru ini, suaminya Dr Che Muhammad Hafiz dilihat seakan menyindir tindakan isterinya itu yang sering ke kelas agama agar tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.

dr che hafiz sindir lufya

Mempelajari agama adalah bertujuan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan bukan untuk menutup keburukan diri sendiri. Harus mempunyai hati yang tulus ikhlas.

dr che hafiz sindir lufya

Sindiran itu berkaitan dengan video dimana Lufya menerusi akaun Instagramnya berkongsi video dia bertemu dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Pada masa yang sama, dia juga ada berkongsi mengenai tip berkaitan masalah rumah tangga selepas ditanya oleh peminat.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

19 responses to Belajar Agama Untuk Berdakwah Bukan Menunjuk-nunjuk – Dr Che Hafiz Sindir Lufya?

  1. mak jah says:

    mamat ni dah kenapa meroyan,dah wife dia memang sedih ingat buat buat sedih ke? elok lah dia jumpa ustaz dekat dengan Allah, kalau bini kau tuh x pk panjang dh lama kau kena tangkap sebab pukul la, muka je suci murni tapi kai ni dr saiko…sapa je tak kenal kau tuh…kau kire bertuah sbb dia x nak malukan kau sbb dia pk kau bapak pada anak dia…hello be a man dr…kau tuh pun jd dr pun org kesiankan kau je sbb tuh luluskan kau sbb kesian kau ada anak bini itu pun x bersyukur ke..lagi satu kalau tak official bercerai tak yah nampak sangat la jahil n desperate bro..ramai nampak…malu kang

  2. Mende says:

    Eiii elok la belajar agama, ikhlas k tak tu antara dia dgn Allah la. Doktor saiko

  3. Anonymous says:

    Die share utk advice semua single mother diluar sana, ade je yg dpt belajar agama dr medium socmed mcm ni. Ayat2 tu bukan ustaz ebit tujukan utk lufya sorg. Dah bagus die rujuk masalah ni dgn dekatkan diri ke agama drpd lepak n sosial ntah kemana2 semata nak puaskan diri pastu upload gmbr ntahapa2 erghhh

  4. Anonymous says:

    Doktor ni intellectual ke….??????

  5. Anonymous says:

    dia share knowledge, tang mana yang menunjuk2 tu…

  6. Weh sembang lebih. Dah la dayus pukul bini. Nafkah anak pyn bertunggak weh.. nafkah bini lagi x payah la.. doctor apa kau ni? Doc mental pun tak layak.. buat malu je. Desperado. Tu haritu kau bertenet dengan student mana? Nak jadikan mangsa pukul kau lagi ke? Jangan lupa dtg court ye! Satu dunia nak tau cerita sembang kencang kau ni. Bodoh punya doctor.

  7. Idham says:

    Propa lebih dari awal. Dok canang sana sini masalah rumah tangga. Patutnya kau rujuk mahkamah syariah. Bukan media sosial. Sekarang dah 2×5

  8. Nur Fatehah says:

    Bni tengah sedih. Ko boleh cakap macam tu .. mulut mcm makcik bawang sindir2 . Mungkinn dia sgja upload video supaya ko bukak mata sebab ko buat dia sedih,sakit hati,merana. Tapi ko pulak cakap sebaliknya. Apa lah

  9. aku tanya jer says:

    kau tu pulak da blajar agama ke belum… dan apapun yg dia upload kenapa kau terasa?…

  10. Anonymous says:

    dh g pejabat agama belum? dh dpt surai cerai belum?

  11. temah says:

    woww..baca daripada komen2 kat sini nampak sesuatu jer kat doc ni..betol ke doc ni byk problem? sebenarnya bagus sebarkan keburukan dia supaya wanita2 lain lebih beringat2 dan berhati2 dengan mamat ni..

  12. V says:

    Bagi aku, lelaki yg suka menyindir2 ni is something.. Sama jgk dgn lelaki yg gaduh sikit terus unfriend+block d FB, tiba2 unfollow insta.

  13. manis says:

    kalau isteri tak betul atau tak pandai agama, suami wajib panggil ustaz untuk isteri belajar/mendalami agama, dah suami tak panggil ustaz untuk belajar.. isteri cari la ustaz sendiri. lg pu bkn isteri yg menunjuk nunjuk, ustaz ebit punya youtube channel kan..aappooo

  14. Nur says:

    Sorry to say lah kan, dia lelaki kelantan handsome, from my personal experience, sama sekali macam lutfy ni, tapi macam mana nak keluar dari marriage, anak 4. Totally can relate, laki ni tak guna.

  15. Naddd says:

    stupid guy, i dont see her menunjuk2 pun.. ko terase ape hal. terase ko kurang didik agama ke? go consult an ustaz.. mcm kunyit pondan je

  16. insan says:

    qada dan qada’ tu pasti. sebab aniaya orang masa majlis kahwin dulu,orang mencari rezeki halal tapi ditipu. janji lain then buat lain, minta maaf pun tak dekat orang tu, sekarang Allah balas terus.

  17. emma says:

    rasa mcm yg komen ni, orang yg sama.. lek sudahh… masalah rumahtangga dia, jadikan pengajaran buat rumahtangga kita.. jaga rumahtangga elok2 naaa…

  18. curiousity says:

    Satu nak tanya. ust ebit lew ni mmg ada dimana mana je ke? perasan mana mana artis sedih ke susah hati ke apa ke, mesti dia ada

  19. minah jambu say NO to drugs says:

    bukan tak boleh belajar agama teeeeetapi suami jangan di abai kan ..asek asek sekejap sekejap nak gi kelas agamaaaa aje naik bosan laki kt rumah..agak agak la..dh berlaki baruu nak sebok belajar agama ape sebelom kawin dulu tkde belajar agama ke ?? kadang2 pompan ni over sangat ..sape taknk jadi lebih baik tapi agak agak la..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini