Belai Muka, Usap Bibir & Cium Pipi! Pemandu Bas Guna Budak Sekolah Untuk ‘Content’ Cetus Kemarahan Netizen

Kehidupan

Belai Muka, Usap Bibir & Cium Pipi! Pemandu Bas Guna Budak Sekolah Untuk ‘Content’ Cetus Kemarahan Netizen

Sejak semalam, seorang pemandu bas yang masih muda teruk dihentam oleh warganet gara-gara menggunakan pelajar sekolah rendah untuk konten di TikTok.

Lebih menecetuskan kemarahan apabila dia tanpa malu merakamkan dirinya sedang ‘menguruskan’ seorang murid sekolah yang tidur di dalam bas dipandunya.

Advertisement

Berdasarkan salah satu video yang dimuat naiknya, lelaki terbabit dilihat mengusap rambut, membelai muka seorang murid malah turut menyentuh bibir dan mencium pipi!

 

Dah ditangkap!

Kebanyakan konten dikongsikannya di TikTok adalah tentang kanak-kanak yang pergi atau pulang dari sekolah menaiki bas tersebut.

Lebih merisaukan, kapsyen ditulisnya pula seolah-olah murid tersebut adalah ‘crush’ dan ramai netizen di TikTok menganggap ia bukanlah sesuatu yang perlu dijadikan isu besar.

Susulan tular tentang itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengarahkan tindakan selanjutnya dan menegaskan perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.

Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah satu pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz)

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan lelaki berusia 24 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pada jam 2.57 pagi Jumaat.

Polis turut merampas telefon bimbit lelaki terbabit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 months ago

Ramai Pengikut Cilik, Aqil Zulkiflee Diminta Tapis Konten 'Mesra' Dengan Isteri - "Simpan Sikit, Jangan Tunjuk Part Ni"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...