Meskipun sudah berpisah, nampaknya sengketa antara pelakon Ammar Alfian dan bekas isteri Nelissa Nezam masih belum berakhir.
Menerusi Instagram Stori Ammar, dia dilihat tampil memberi nasihat kepada bekas isterinya itu agar menjaga kelakuan dan tidak menghina mahkamah.
Tambah Ammar lagi, jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepada dirinya dan mengikut kehendak sendiri, jangan sesekali melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri.
Dia yang bercakap panjang lebar mengenai situasi yang terjadi ketika berada di mahkamah syariah itu meminta Nelissa agar menghormati keputusan yang telah dibuat institusi keagamaan tersebut.
“Ianya menyedihkan sebab kami ke mahkamah untuk mendapatkan keputusan. Hakim dan mahkamah ini orang tengah, apabila kita ke mahkamah tolong respeklah, tapi belah sana tak tunjuk.Bila kita datang rumah orang kita tunjuk hormat, jadi hakim pun terasa. Mahkamah pun tak besar mana, orang bercakap, apa yang kita buat luar dewan orang semua perhatikan ada saksi, apabila belah sana tunjuk perangai tak cantik jadi hakim pun terasa,”
Dia dalam pada itu turut meminta bekas isterinya untuk tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh memalukan diri sendiri yang boleh merisikokan diri untuk dipenjara sekiranya disabitkan kesalahan dengan menghina mahkamah.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Dalam penghujung videonya, Ammar mengakui apa yang terjadi dalam perkahwinannya berpunca daripada kesalahan dirinya namun dia enggan ‘berperang’ untuk mendapatkan hak penjagaan anak.
Mengimbas kembali, perkahwinan antara Nelissa dan Ammar dilaporkan berakhir apabila Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur membenarkan mereka bercerai secara tebus talak. Sehubungan dengan itu, hakim telah memerintahkan Nelissa agar membayar RM7,000 kepada Ammar sebagai proses tebus talak.
Hasil perkahwinan pasangan ini mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Kyro Shakur yang kini berusia setahun.