“Belah Sana Asyik Menyalak Tapi Tak Nak Cerai, Tak Pelik Pun Kenapa Rosland Pilih You..” – Peminat ‘Back Up’ Miera Leyana?

Hiburan

“Belah Sana Asyik Menyalak Tapi Tak Nak Cerai, Tak Pelik Pun Kenapa Rosland Pilih You..” – Peminat ‘Back Up’ Miera Leyana?

Kemelut rumah tangga pelakon, Miera Leyana mula menjadi perhatian orang ramai selepas madunya, Adibah Abdul Mutalib mendakwa suami, Rosland Othman tiba-tiba memfailkan cerai tanpa membuat perbincangan.

Bukan itu sahaja, isteri pertama itu turut memaklumkan suaminya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas berkahwin dengan Miera pada Julai 2020 lalu.

Advertisement

Susulan itu, pelakon berusia 29 tahun itu menjadi sasaran netizen yang mengatakan dia merupakan punca Rosland membuat permohonan cerai tersebut.

Tampil mempertahankan diri, Miera atau nama penuhnya Miera Leyana binti Kasmi meminta orang ramai agar mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak.

Akan sentiasa ada dua sisi dalam satu cerita. Jangan nak gila glamor. Satu hari nanti, kalian akan tahu kebenarannya. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

Bukan itu sahaja, pelakon Luna Fantasiku itu turut memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story memaparkan kata-kata sokongan daripada peminat.

Tak pelik pun kenapa Rosland pilih you Miera. Saya boleh nampak hati awak ikhlas, memang dalam dunia ni always ada dua side story.

Terdahulu, anak tirinya, Nur Izzah Rosland turut mendakwa bapanya mula menunjukkan perubahan sikap selepas berkahwin dengan Miera.

Malah, Izzah berkata bapanya juga telah menyekat nombor telefon bimbitnya dan mereka sudah lama tidak berhubung sejak Februari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

Berubah Lepas Nikahi Miera Leyana, Anak Dakwa Siap Kena 'Block' Dengan Bapa - "Dia Dah Tak Sama Macam Dulu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...