Kecoh sebelum ini apabila penyanyi Zarith Sofia Yasin kantoi membela beruang matahari di rumah apartmen miliknya baru-baru ini. Walaupun mendakwa dia hanya menjumpai haiwan itu di kawasan Bukit Ampang sebelum membawanya pulang.
Kejadian sebegini bukanlah sesuatu yang baru kita dengar kerana sebelum ini juga kita pernah melihat kes seperti ini berlaku. Bukan saja golongan selebriti tapi orang biasa juga ada yang membela haiwan eksotik ni.
Sekarang ni dah jadi makin senang nak dapatkan haiwan eksotik ni sebab urusan jual beli semua boleh dibuat melalui media sosial saja. Jadi agak sukar untuk pihak berkuasa memantau gerak geri penjualan ini kerana akses untuk mendapatkan haiwan eksotik sangat senang.

Apabila filem Harry Potter baru ditayangkan pada awal tahun 2001, pembelian burung hantu mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Kesedaran tentang haiwan eksotik ni tak ramai yang tahu. Sebab tu ramai yang percaya tiada apa yang serius dan bahaya dengan membela haiwan eksotik ni.



Ada haiwan ini yang terpaksa dipisahkan dari habitat dan keluarga mereka. Dah lah selepas tu kena duduk dalam sangkar saja pulak tu.
Sebelum buat keputusan untuk membela haiwan eksotik ini, dapatkan maklumat dulu daripada pihak yang berkaitan. Ingat, ada banyak lagi cara lain nak nampak cool selain dari bela haiwan eksotik okay.
Sumber: Wildlifegov, thefullfrontal