“Bela Dulu Biar ‘Ranum’, Baru Boleh ‘Makan'” – Menjijikkan! Group FB ‘Target’ Budak Sekolah, Bapa & Suami Orang Antara Pengikut

Kehidupan

“Bela Dulu Biar ‘Ranum’, Baru Boleh ‘Makan'” – Menjijikkan! Group FB ‘Target’ Budak Sekolah, Bapa & Suami Orang Antara Pengikut

Kecoh sejak semalam mengenai kewujudan satu ‘group’ Facebook yang dikenali sebagai ‘Group Budak2 Sekolah Rendah’ yang kini mencetuskan amarah orang ramai.

Difahamkan, ‘group’ tersebut didedahkan Caprice dan juga mendapat perhatian pensohor media sosial Mek Yun yang kini sedang memberi peringatan mengenai kewujudan laman tersebut.

Advertisement

Caprice dalam satu hantaran memaklumkan dia sudah membuat laporan kepada SKMM berkenaan perkara itu dan memuji tindakan pantas agensi tersebut dalam memberi respon sewajarnya.

Apa yang mengejutkan, laman tersebut telah wujud sejak tahun 2014 dan dikendalikan dua individu terdiri daripada lelaki dan wanita.

Malah, pengikut laman tersebut telah menghimpunkan lebih 12,000 orang ahli yang kebanyakan terdiri daripada kaum lelaki bergelar bapa dan suami.

Meninjau laman menjijikkan itu, ia boleh diakses kepada umum dan terlalu banyak komen berbaur ‘grooming’ ke atas kanak-kanak sekolah rendah boleh didapati di situ.

Tidak sanggup untuk menulis komen-komen pengikut tersebut terhadap kanak-kanak, apa yang lebih membimbangkan terdapat juga individu yang secara terang-terangan menjadikan foto kanak-kanak sekolah rendah itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Susulan pendedahan itu, warganet mula menyerang laman tersebut dan menggesa agar pihak berkuasa memadam laman itu dengan segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fara salleh shuk sahar langgan wanita
1 day ago

Fara Salleh Dedah Perbualan Mesej, Dakwa Shuk Sahar 'Langgan' Pelac*r & Isteri Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...