Menerusi perkongsian isteri kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida di Instagram, dia meluahkan rasa teruja dapat terbang ke Langkawi semalam.
Menurut Shahida, dia dan suami sudah lama tidak berpeluang menaiki pengangkutan udara ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.
Tambahnya lagi, sebab dia bersama suami pergi ke destinasi perlancongan tersebut adalah kerana urusan pekerjaan.
View this post on Instagram
Difahamkan, keberadaan isteri kepada jutawan kosmetik itu berada disana kerana terlibat dalam satu penggambaran bagi mempromosikan sebuah hotel disana dan tidak membawa anak-anak mereka bersama.
Dalam pada masa yang sama, Shahida juga turut berkongsikan prosedur sebelum dan selepas pernebangan ke destinasi mereka di Instagram Storynya.
Wah seronoklah dapat bekerja sambil honeymoon!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.