Bekerja 48 Jam Tanpa Henti, Ini Realiti Yang Dihadapi Staf Perubatan Ketika Merawat Pesakit COVID-19

COVID-19

Bekerja 48 Jam Tanpa Henti, Ini Realiti Yang Dihadapi Staf Perubatan Ketika Merawat Pesakit COVID-19

Seperti yang sedang dibayangkan oleh semua, wabak Covid-19 sedang merebak dengan pantas di Malaysia. Kakitangan perubatan tempatan telah sebulat suara rela berkhidmat untuk memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di seluruh negara.

Tetapi apa yang mungkin kita tidak tahu adalah realiti sebenarnya yang berlaku di belakang tabir, dan apa yang diperlukan untuk melakukan sesuatu yang kelihatannya mudah seperti memindahkan pesakit dari satu hospital ke hospital lain.

Advertisement

mesin perubatan

Satu perkongsian Facebook baru-baru ini telah menjadi tular, Nasrul Naeem, yang bertugas sebagai pembantu perubatan telah membuka sisi kisah lain dengan menunjukkan sebuah gambaran yang jarang berlaku tentang petugas perubatan Malaysia yang bekerja di barisan hadapan ketika krisis wabak ini.

Advertisement

Menerusi posting tersebut, beberapa pegawai perubatan dilihat melakukan pemindahan pesakit Covid-19 yang telah diintubasi (tertutup di dalam tiub plastik pelindung) dari Hospital Kuala Lumpur ke Hospital Sungai Buloh. Hospital Sungai Buloh telah ditetapkan sebagai kemudahan rawatan teras untuk wabak Covid-19.

Gambar-gambar yang disertakan menunjukkan petugas perubatan berpakaian perlindungan peribadi sepenuhnya (PPE) ketika mereka memulakan proses pemindahan pesakit yang dijangkiti Covid-19 dari satu tempat ke tempat lain.

sut PPE

Proses untuk memindahkan pesakit Covid-19 dan pesakit bukan Covid-19 perlu dilakukan serentak untuk mencegah pendedahan virus yang lebih lanjut kepada orang lain. Pesakit Covid-19 akan diletakkan di dalam beg pengudaraan dengan kawalan yang ketat.

air bag

Tiada peruntukan yang khas untuk memastikan keselamatan pesakit termasuk mereka yang berada di hospital. Oleh itu, sebagai pasukan perubatan mereka secara langsung menggalas tanggungjawab untuk memastikan bahawa keseluruhan proses berjalan dengan lancar.

Kami telah bekerja selama 48 jam tanpa henti. Tidak mudah untuk melaksanakan kes seperti ini terutama ketika memerlukan pengangkutan yang dilengkapi dengan perlindungan ketat

Peralatan perubatan juga telah sedia disiapkan untuk memastikan mereka bersedia untuk digunakannya sekiranya lebih banyak kes dilaporkan di Kuala Lumpur.

Advertisement

Semasa tempoh ini, kita seharusnya berterima kasih kepada kakitangan perubatan Malaysia yang bekerja keras untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia selamat ketika wabak virus Covid-19 berterusan.

Kepada pihak berkuasa perubatan yang berdedikasi, kami menzahirkan ucapan terima kasih atas kerelaan dan perkhidmatan murni anda. Andalah wira yang sebenar.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...