Bekas Tunang Godam Akaun TikTok, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis – “Dia Memang Suka ‘Fame’ Sementara Macam Ni”

Hiburan

Bekas Tunang Godam Akaun TikTok, Pelakon Wanita Buat Laporan Polis – “Dia Memang Suka ‘Fame’ Sementara Macam Ni”

Pelakon Saidah Kamarudin memilih untuk tidak memanjangkan isu berhubung dakwaan bekas tunangnya yang dipercayai telah menggodam akaun TikTok miliknya.

Menerusi satu video di TikTok, Saidah atau nama penuhnya Nur Saidah Syahirah Kamarudin, 28, menegaskan bahawa dia enggan membuka aib bekas tunangnya walaupun mempunyai bukti.

Advertisement

Saidah juga memaklumkan bahawa laporan polis telah pun dibuat dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Saya tidak mahu lagi beri dia perhatian sebab dia memang suka fame yang sementara ini.

Banyak saja saya boleh buktikan tapi saya pilih untuk tidak berbuat sedemikian. Awak mula dulu dengan menggodam TikTok saya. Peranti 14 Pro Max tiba-tiba ada dalam akaun saya haritu.

Awak komen bukan-bukan. Tengok cara menaip pun tahu itu awak. Lepas tanda koma, awak tidak akan letak ruang. Kalau betul sekali saya lupa tukar kata laluan, apa hak awak untuk buat macam itu?

Kalau awak tak buat, saya akan berdiam saja. Saya dah beri kenyataan pada pihak polis. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen menyokong tindakan Saidah untuk tidak memperincikan isu ini di media sosial dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan agar pelakon berusia 28 tahun itu terus tabah dan kuat menghadapi dugaan yang melanda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kru yusry banyak crush
2 days ago

Yusry Lebih Banyak 'Crush' Wanita, Norman KRU Tak 'Jealous' Pun - "Dia Nyanyi Pun Sedap, Saya Dan Edry Okay Saja"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...