Bekas Tunang Balas Dendam, Pasangan Suami Isteri Ini Terkena Sihir Pemisah.

Trending

Bekas Tunang Balas Dendam, Pasangan Suami Isteri Ini Terkena Sihir Pemisah.

Inilah ‘barang sihir’ (gambar) yang ditemui tertanam di hadapan rumah pesakit pasangan suami isteri yang baru dua hari bernikah. Selepas dibuang benda khurafat ini, pasangan suami ini mengalami kejadian pelik dan mimpi yang sangat menganggu tidur.

Advertisement

Akibat tidak tahan dengan gangguan tidur dan lain-lain, pasangan ini berusaha untuk merawati dan merungkai permasalahan setelah lebih setengah tahun terganggu.

Hasil dari ruqyah kepada si isteri, tindakbalas gangguan jelas muncul. Tangisan yang kuat seakan kepanasan dan kasihnya ‘gangguan’ itu kepada pesakit dan meronta kegelisahan.

Saya tanya, “Siapa kau? Apa kau nak dari jasad ini? Siapa yang arahkan kau menganggu dia?”

Akibat kepanasan, jin itu menyerah dengan menjawab, “Aku sayang dia dan dia milik aku. Aku nak pisahkan dia dengan suaminya. Aku tidak mahu dia ada anak.”

Perbincangan dengan jin ini berterusan sehingga mengetahui dari mana ia datang. Bekas tunang wanita ini berdendam akibat terputus pertunangan dahulu dan kini mahu pasangan ini berpisah.

Setelah selesai dirawat, pesakit sedar dalam kebingungan. Suaminya juga seakan tergamam dengan pengalaman pertama situasi begini dihadapi.

Dendam bekas tunang si isteri rupanya hingga terpalit dalam kejahilan sihir. Limau yang dicucuk jarum dan paku itu adalah ‘simbolik’ jasad yang disihir untuk diserang pada bahagian tertentu.

Kepada penyihir, bertaubatlah. Ingatlah kepada Allah. Mungkin hari ini anda puas menyihir orang lain, siapa tahu mungkin suatu hari nanti ahli keluarga anda pula ditimpa musibah kejahilan ini.

Semoga Allah beri kesembuhan dan perlindungan pada pasangan ini dan dibukakan hati penyihir agar bertaubat di jalan Allah. Allahuakbar.

Sumber : Ustaz Zaihan Johari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...