Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Dituduh Terima Rasuah, 3 Kereta Mewah & Wang Tunai RM235,000

Berita

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Dituduh Terima Rasuah, 3 Kereta Mewah & Wang Tunai RM235,000

Bekas Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 20 tuduhan menerima rasuah wang tunai RM235,000 dan tiga kereta mewah daripada pengarah sebuah syarikat subkontraktor.

Menurut MalaysiaGazette, kereta mewah yang didakwa diterimanya sebagai suapan adalah sebuah BMW model 730Li, sebuah Land Rover model Range Rover dan juga sebuah Bentley model Flying Spur.

Advertisement

Berdasarkan pertuduhan itu, Mohamad Ali didakwa menerima rasuah berkenaan daripada pengarah syarikat Benalec Sdn Bhd, Datuk Leaw Seng Hai di antara 18 April 2024 hingga Januari 2025.

Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

Rasuah itu didakwa diberikan sebagai upah melantik syarikat tersebut sebagai subkontraktor untuk menjalankan pembinaan dan penyiapan tambakan serta semua kerja di bawah projek Cadangan Menambak Laut Seluas 100 ekar di Perairan Kawasan Kota Laksamana, kawasan Bandar 6, Daerah Melaka Tengah, Melaka bernilai lebih RM45 juta.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut di Tingkat 2, no, 23, Jalan Perintis U1/52, Glenmarie Temasya, Seksyen U1, Shah Alam.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Sekiranya disabitkan bersalah, beliau berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima Kali ganda jumlah atau nilai suapan RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jumlah sitaan tan sri seleweng dana lebuh raya
2 weeks ago

Bilik 'Wine', Kuda, Kereta Mewah & Perjudian! Ini Senarai Aset Milik Tan Sri Kes Seleweng Dana 'Highway' Yang Disita SPRM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...