Bekas Suami Isteri Baru Zainol Tampil Buat Penjelasan, Dakwa Zainol Pengecut

Hiburan

Bekas Suami Isteri Baru Zainol Tampil Buat Penjelasan, Dakwa Zainol Pengecut

Semalam ada gosip bertiup kencang yang mengatakan bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson telah berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan anak-anaknya. Malah, foto pernikahannya itu turut tersebar luas di Internet.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Zainol menafikan sekerasnya dakwaan berkenaan dan menjelaskan foto tersebut adalah babak lakonan beliau didalam drama Dia Semanis Honey Raya.

Namun, keadaan hari ini menjadi lebih hangat apabila bekas suami wanita yang dikaitkan dengan Zainol itu membuat pendedahan bahawa bekas isterinya itu sememangnya sudah mendirikan rumah tangga bersama Zainol.

Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Rizal itu memberitahu Zainol dan bekas isterinya bernikah pada hari Ahad lepas di Kangar, Perlis. Rizal juga mengesahkan wanita didalam foto yang telah tersebar itu adalah bekas isterinya.

Buat Rizal, Zainol adalah seorang lelaki yang pengecut kerana tidak berani untuk menceritakan perkara sebenar dan mempersoalkan sampai bila beliau akan hidup dalam penipuan.

Benar… wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga. Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar.

Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu?.

Rizal juga pada masa yang sama akui perpisahan beliau dan bekas isteri ada kaitannya dengan Zainol.

Setelah berusaha pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangganya termasuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam, Rizal terpaksa akur bercerai dengan isterinya selepas semua usahanya gagal.

Sudah pelbagai cara saya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga saya termasuklah berjumpa pengamal perubatan Islam namun gagal sehinggalah saya mengalah dah terpaksa menceraikan isteri saya pada Januari lalu

Pada masa yang sama, Rizal turut melahirkan rasa kecewa terhadap Zainol yang mahu menagih simpati orang ramai kerana enggan mengaku perkahwinannya namun berdoa agar beliau diberi petunjuk Allah. Rizal juga tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas isterinya tetapi merasa kasihan dengan perkahwinan tersebut.

Hmmmph, kalau dah kahwin buat apa hendak sembunyi lagi. Ada apa-apa perkara yang Zainol tidak mahu orang lain tahu ke?  Sekarang bekas suami isterinya telah mendedahkan perkara sebenar, kita tunggu apa pula kenyataan Zainol selepas ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...