Selepas berpisah dengan suami, ia bukanlah satu proses yang mudah untuk seorang ibu tunggal bangkit semula membina kehidupan yang baru. Banyak kesukaran dan cabaran yang terpaksa dilalui mereka sama ada dari segi membesarkan anak-anak, emosi mahupun isu kewangan.
Namun, bagi seorang wanita ini, dia langsung tidak menyangka keperitan hidup yang dilalui selepas bercerai berpunca daripada perbuatan khianat bekas pasangannya sendiri.

gambar hiasan
Bertahun tanggung sakit
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook milik seorang perawat Islam, semua itu berpunca daripada sebuah patung beruang yang pernah dihadiahkan oleh bekas suaminya kepada anak tunggal mereka. Hadiah hari jadi yang disangka diberi penuh makna kasih sayang hanyalah sekadar perantara niat jahat.
Siapa sangka sihir yang sudah lama dihantui oleh mangsa rupanya bahan sihir diletakkan dalam patung beruang ini. Segala petunjuk atas izin Allah, bertahun mangsa merana sakit.
Menurutnya, wanita itu dahu lunya nekad menuntut penceraian kerana sudah tidak tahan menanggung azab hidup bersama seorang suami yang kerap naik tangan dan tidak berlaku setia dalam rumah tangga mereka.

gambar hiasan
Mangsa berpisah dengan bekas suami disebabkan suami kaki perempuan dan kaki pukul. Mangsa tak tahan tanggung azab hidup bersama, akhirnya mangsa minta berpisah.
Bekas suami berkeras tak mahu lepaskan tapi disebabkan ada kes polis, akhirnya bekas suami akur.
Walaupun berjaya melepaskan diri daripada cengkaman seorang suami yang toksik, namun kehidupannya selepas bercerai bertambah buruk.
Tapi rupanya bekas suami ada simpan dendam kesumat. Nak buat bekas isterinya merana, sakit, disisih hidup sendirian.
Bekas suami beri hadiah hari jadi anak tunggalnya, dalam patung ini lah diletakkan bahan sihir. Patutlah isteri kerap diganggu dengan makhluk menakutkan yang selalu muncul di bilik anaknya.
Difahamkan, wanita itu pernah pergi berubat namun dia masih terperangkap di dalam belenggu sihir. Setelah patung itu dilupuskan dengan bantuan rawatan, barulah penderitaan wanita itu berakhir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan bekas suami wanita itu dengan menyifatkan bekas suami itu sebagai seorang lelaki yang sangat kejam.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.