Baru-baru ini di laman TikTok, nasib seorang ibu tunggal bernama Nurin Alisa yang bergelut dengan urusan di mahkamah syariah sejak tahun lalu nampaknya kembali menjadi perhatian ramai.
Terjah hari nikah bekas suami
Sebelum ini, Nurin pernah memaklumkan bekas suaminya enggan memberi kerjasama dalam urusan hutang mas kahwin, iddah dan juga nafkah dua orang anak mereka, hingga mengakibatkan kes berpanjangan.
Dapat dilihat di platform TikTok, disebabkan wanita terbabit tidak boleh lagi bersabar dek kerana beberapa kali ‘dipalau’ oleh bekas suami atas kes mahkamah, Nurin telah pun menerjah hari pernikahan bekas suami yang berlangsung di sebuah masjid.
Tengah azan ni aku bersumpah kau akan dapat masalah rahim yang tiada ubatnya.
Doa bekas suami dan penyondol terima balasan setimpal
Melalui video tersebut, kelihatan Nurin membawa seorang anaknya yang selama ini tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa serta beberapa dokumen yang memerlukan tandatangan bekas suami.
Bahkan, dalam keadaan suara yang bergetar, ibu tunggal yang sudah lama bersabar itu mendoakan agar pihak sana menerima balasan setimpal atas penganiayaan yang dilakukan.