February 3rd, 2016

Bekas suami kepada aktres Nabila Huda iaitu Eddie Tiga Swagger mengakui beliau cukup gembira apabila mengetahui bekas isterinya itu sudah mendirikan rumah tangga dan bersyukur Abil sudah bertemu dengan seseorang yang mampu menjaga beliau dengan baik.

Malah, Eddie sebenarnya sebelum ini pernah mendoakan agar Abil dijodohkan dengan lelaki wanita idaman beliau selepas kedua-duanya berpisah sekitar tahun 2011.

Selepas saya menerima berita mengenai perkahwinan mereka, apa yang boleh saya katakan, saya tersangat gembira dan terharu. Saya benar-benar bersyukur kerana Abil (panggilan untuk Nabila) sudah menemui lelaki yang mampu menjaganya. Inilah juga apa yang saya mahukan selama ini.

Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan inilah yang membuatkan saya sangat gembira. Inilah juga perkara yang diingininya.

Ditanya mengenai perancangan beliau pula untuk berkahwin, Eddie menjelaskan buat masa ini beliau masih belum terfikir soal kahwin dan mengutamakan anak perempuan bersama Abil iaitu Keisha Laila.

Jodoh saya pula bagaimanapun belum sampai lagi. Buat ketika ini saya perlu fikirkan mengenai Keisha. Kalau hendak mencari calon isteri pun, saya akan fikirkan mengenai anak saya dulu. Jika jodoh saya sudah tiba nanti, saya pasti Abil juga turut gembira.

Meskipun sudah lama berpisah, Eddie, Abil dan Izwan mempunyai hubungan yang agak baik demi Keisha.

Eddie mendirikan rumah tangga dengan Abil  pada 6 Disember 2008 dan bercerai 3 tahun kemudian. Satu-satunya anak perempuan mereka Keisha Laila kini sudah berusia 6 tahun.

Sumber Berita: Berita Harian

 


Comments are closed.

Loading...