Bekas Suami Dewi Gunting Rambut Han, Tindakan Cik Epal Curi Tumpuan Ramai – “Ada Yang ‘Shaking’..”

Kehidupan

Bekas Suami Dewi Gunting Rambut Han, Tindakan Cik Epal Curi Tumpuan Ramai  – “Ada Yang ‘Shaking’..”

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Cik Epal sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi video terbaharunya di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, wanita bernama penuh Murni Mahmud ini dilihat membawa dua anaknya, Han dan Yuki, ke sebuah kedai gunting rambut yang dipercayai milik Imran Hakimi – bekas suami kepada Emira Delyati Dewi.

Advertisement

Kelihatan Han dan Yuki cukup teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke premis tersebut.

Cik Epal juga sempat menunjukkan kepada Imran gaya potongan rambut pilihan Han.

Video berkenaan pantas menjadi tular dan menarik pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan Cik Epal membawa Han ke kedai gunting rambut milik bekas suami Dewi, yang sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Sebagai info, Cik Epal dan Jofliam telah mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang anak, Han dan Yuki. Namun, perkahwinan mereka yang bertahan selama 10 tahun berakhir dengan penceraian tahun lalu.

Jofliam kini telah berkahwin dengan Dewi pada 5 April yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aslam pernah ditampar suami abby abadi
46 mins ago

"Yang Kau Tahu Buat Macho.." - Suami Abby Abadi Dedah Pernah Tampar Aslam, Anggap Menantu Tak Bertanggungjawab

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...