Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bekas Suami Datuk Seri Vida Gagal Dapat Hak Lawatan, Cik B Kongsi Akan Hubungi Ayah Apabila Sudah Bersedia

datuk seri vida

Lega, itulah perasaan usahawan wanita terkenal Datuk Seri Vida apabila menerima keputusan mahkamah yang memutuskan bekas suaminya, Mohd. Amin Yasin gagal mendapatkan hak hadanah bagi bertemu dengan dua orang anaknya.

Tambahan pula, wanita itu lega kerana berharap isu ini tidak berpanjangan sehingga mengganggu emosi anak-anaknya.

Advertisement

“Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa). Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami.”

Walaubagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie meminta Cik B dan Kacak supaya tetap menghubungi ayah mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya hubungan silaturahim antara anak-beranak itu tidak terputus.

datuk seri vida

Jelas Datuk Seri Vida lagi, niatnya bukanlah untuk memutuskan hubungan di antara bapa dan anak tetapi disebabkan oleh konflik yang melanda keluarga mereka dahulu, dia hanya mahu melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri
yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu.”

Advertisement

Kata Cik B pula, dia dan adiknya akan menghubungi bapa mereka apabila keduanya sudah bersedia nanti.

“Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah.”

Sampai masanya, Cik B dan Kacak akan berhubunga juga dengan ayah mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Ros

    January 4, 2021 at 5:30 pm

    Cute betul nila cikB pakai tudung…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama