Bekas Staf Kongsi Pengalaman, Dedah Sikap Sebenar Neelofa Di Tempat Kerja

Hiburan

Bekas Staf Kongsi Pengalaman, Dedah Sikap Sebenar Neelofa Di Tempat Kerja

Seorang individu di Threads berkongsi pengalaman kakaknya yang pernah bekerja dengan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, sekali gus mendedahkan sisi sebenar figura tersebut di tempat kerja.

Menurut perkongsian itu, kakaknya menyifatkan Neelofa sebagai seorang yang sangat rajin serta komited, terutamanya dalam menguruskan perniagaan yang diceburinya.

Advertisement

“Kakak saya pernah kerja dengan Neelofa. Dia cakap Neelofa ini memang sangat rajin. Apa saja bisnes yang dia nak ceburi, semuanya dia akan cuba, kaji dan lalui proses trial and error.”

“Kalau ada masa sebelum pergi pejabat, dia akan masak banyak-banyak di rumah. Lepas itu bila sampai pejabat, dia akan agihkan makanan tersebut kepada staf.”

“Selepas habis kerja pula, dia balik rumah dan luangkan masa untuk beribadat. Sebab itu staf dia selalu datang ke rumah memandangkan lokasi rumahnya tak jauh dari pejabat.”

“Kalau di pejabat pun, dia sentiasa nampak bertenaga. Sekarang kakak saya dah kerja di tempat lain, tapi dia masih sentiasa ingat Neelofa,” kongsinya.

Dalam pada itu, individu tersebut turut menjelaskan bahawa kakaknya tidak pernah menganggap Neelofa sebagai seorang yang bossy atau diva, sebaliknya melihat ketegasan itu sebagai satu kelebihan dalam memastikan hasil kerja sentiasa berkualiti.

neelofa

Perkongsian tersebut sekali gus memberi gambaran bahawa Neelofa bukan sahaja dikenali sebagai seorang usahawan berjaya, malah turut dihormati oleh staf atas sikap rajin, tegas dan komited dalam setiap perkara yang dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-31 11:55:33

Abby Abadi Didakwa Salahkan Aslam Semata, Netizen 'Petik' Nama Norman Hakim - "Ayah Tiri Lagi 'Function'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...