Bekas Ratu Cantik Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kuil Di Sepang, Sami Kini Diburu Polis

Trending

Bekas Ratu Cantik Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kuil Di Sepang, Sami Kini Diburu Polis

Tempat suci yang sepatutnya menjadi ruang perlindungan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang wanita mendakwa dicabul oleh seorang sami di dalam kuil.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, pelakon, pengacara dan bekas Miss Grand Malaysia iaitu Lishalliny Kanaran telah berkongsi pengalaman pahitnya menjadi mangsa cabul di tempat keagamaan itu.

Advertisement

lishalliny kanaran

Sepanjang hidup saya, saya sebenarnya bukanlah seorang yang kuat beragama. Saya tak tahu bagaimana nak berdoa atau apa yang patut saya katakan ketika saya berdoa. Tapi sejak beberapa minggu lalu, saya mula pergi ke kuil.

Sami ambil kesempatan

Difahamkan, sami itu pada mulanya ingin membantunya namun ia menjadi sedikit aneh apabila sami itu mula mengajaknya ke sebuah bilik untuk memberi ‘doa dan berkat’ secara individu.

Itu kuil yang sama saya selalu pergi, tempat yang saya perlahan-lahan mula rasa biasa. Ada seorang sami di sana yang biasanya akan bimbing saya. Saya tak tahu banyak dan saya memang hargai bantuannya.

 

Hari itu, semasa saya berdoa dia datang kepada saya dan kata dia ada air suci serta benang pelindung untuk diikat pada saya, satu berkat katanya. Dia minta saya jumpa dia selepas saya selesai berdoa.

Menurutnya, dia menunggu kira-kira satu jam setengah sebelum sami tersebut memintanya untuk mengikut ke sebuah pejabat.

lishalliny kanaran

Dalam pejabat tu, dia minta saya duduk. Dia tuang sesuai ke dalam air suci, sejenis cecair yang berbau sangat kuat seperti bau mawar atau pati bunga. Katanya, ia dari India dan biasanya tidak berikan kepada ‘orang biasa’.

 

Dia simbah air tu ke muka saya berulang kali sampai mata saya pedih dan saya tak dapat buka mata langsung.

Berkongsi lanjut, dia mendakwa dirinya telah diminta oleh sami itu untuk mengangkat pakaian Punjabi yang dipakainya, namun dia menolak. Sami tersebut berkeras mengatakan ia adalah untuk kebaikannya.

Tanpa sebarang amaran, sami itu dikatakan menyentuhnya secara tidak senonoh dan memberitahu bahawa jika dia melakukan perbuatan tersebut dengannya, ia akan dianggap sebagai satu “berkat” kerana dia berkhidmat untuk Tuhan.

Kata Lishalliny, dia berjaya melarikan diri daripada sami tersebut dan perkara itu bukan sahaja memberikan trauma yang teruk kepadanya malah dia berasa jijik dengan dirinya sendiri kerana perbuatan sami itu.

Polis buru sami

Dalam pada itu, pihak polis turut mengeluarkan kenyataan berkenaan kes cabul yang berlaku di Sepang itu dan difahamkan sami yang melakukan perkara itu hanya menggantikan tempat sami sebenar yang tiada di situ pada waktu itu.

Kini, pihak polis sedang giat menjalankan pencarian suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil memberikan informasi berkenaan suspek.

lishalliny kanaran dicabul samiX lishalliny kanaran dicabul sami

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

bekas pensyarah uitm buat gangguan seksual dekat pelajar uni lain pula
7 days ago

Bekas Pensyarah UiTM Tak Serik, Kali Ini Didakwa Buat Gangguan Seksual Pada Pelajar Uni Swasta Di Nilai Pula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...