Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori Mohon Maaf Kepada Rakyat Kerana Membunuh 25 Orang

Trending

Bekas Presiden Peru Alberto Fujimori Mohon Maaf Kepada Rakyat Kerana Membunuh 25 Orang

Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori yang dipenjara 25 tahun kerana sabitan kesalahan membunuh 25 orang, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada warga Peru, dua hari selepas dia diberi pengampunan khas.

Advertisement

“Saya memahami polisi ketika pemerintahan saya diterima baik oleh sesetengah pihak, tetapi saya mengakui pada satu sisi lain, saya juga telah mengecewakan ramai pihak, dan kepada mereka saya memohon maaf,” kata Fujimori dalam keadaan terlantar di katil Hospital.

Beliau dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana masalah jantung.

Fujimori, yang kini berusia 79 tahun disabit kesalahan pertama pada 2009 dan dihukum penjara 25 tahun atas peranannya dalam pembunuhan 25 orang, termasuk kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, ketika kempen menentang kumpulan pengganas berhaluan kiri, Shining Path.

Beliau kemudian disabit dengan empat lagi kesalahan, termasuk tuduhan membiaya skuad khas untuk membunuh orang awam yang didakwa menjadi anggota Shining Path.

Beliau sudah menjalani hukuman penjara selama 12 tahun disebabkan kesalahan tersebut.

Selepas berita masalah kesihatan Fujimori tersebar, Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski kemudian mengumumkan memberi pengampunan khas kepada Fujimori, atas faktor kesihatan dan jasa Fujimori selama ini kepada negara.

Presiden Kuczynski dalam ucapan ketika mengumumkan pengampunan ke atas Fujimori menegaskan sudah tiba masanya rakyat Peru membuka lembaran baru.

Beliau menyifatkan mereka yang percaya kepada demokrasi tidak boleh membenarkan Fujimori mati di dalam penjara.

Pengumuman pengampunan ke atas Fujimori mengundang protes besar-besaran, dan disifatkan usaha menyelamatkan masa depan politik Presiden Kuczynski.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...