Sebuah mahkamah di Dhaka pada Isnin menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas mendapati beliau bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan yang berlaku ketika demonstrasi besar-besaran tahun lalu, demikian menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).
Keputusan itu dibacakan oleh Mahkamah Antarabangsa Jenayah yang berpangkalan di Dhaka terhadap Hasina dan bekas pembantu rapatnya.
Sheikh Hasina melarikan diri ke India pada 5 Ogos tahun lalu, ketika kebangkitan rakyat yang menentang pemerintahannya memuncak rusuhan tersebut mengakibatkan lebih 1,400 kematian di seluruh negara.
Beliau kemudian didakwa atas kes jenayah terhadap kemanusiaan serta beberapa kes lain susulan kekacauan yang berlaku.
Kebangkitan besar-besaran yang dipimpin oleh pelajar ketika itu menumbangkan kerajaan Liga Awami pimpinan Hasina, yang telah memerintah Bangladesh selama lebih 15 tahun.
Dalam keputusan penghakiman setebal 453 muka surat, tribunal tiga anggota yang diketuai Hakim Md. Golam Mortuza Mozumder menyatakan bahawa Hasina bertanggungjawab secara langsung atas kekejaman yang berlaku.
Mahkamah turut menegaskan:
“Hasina adalah komander tertinggi bagi semua kekejaman.”
“Jenayah itu berlaku dalam pengetahuan beliau.”
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Hasina atau kerajaan India mengenai perkembangan terbaharu ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
