Bekas Perdana Menteri ditahan, tahun 2018 penuh kejutan.

Trending

Bekas Perdana Menteri ditahan, tahun 2018 penuh kejutan.

Tahun 2018 menghadiahkan banyak momen yang jarang berlaku dalam sejarah politik tanah air.

Satu demi satu peristiwa berlaku yang mungkin jarang berlaku atau tak pernah berlaku dalam negara.

Advertisement

Korang rasa apa peristiwa-peristiwa tersebut? Jom kita tengok apa yang dah berlaku dalam arena politik negara yang membuatkan nama Malaysia menjadi sebutan belakangan ini di peringkat dunia.

1. Selepas 60 tahun memerintah, Barisan Nasional (BN) akhirnya tewas di tangan Pakatan Harapan yang diketuai oleh individu-individu yang pernah menjadi orang penting dalam BN.


2. Dalam sejarah dunia dan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana Menteri . Tun menjadi PM paling berusia dan menjawat jawatan tersebut buat kali kedua dengan haluan berbeza.


3. Menariknya, kerajaan baru juga melantik Timbalan Perdana Menteri wanita, Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi wanita pertama dilantik memegang posisi itu.


4. P Prabakaran menjadi calon termuda dalam PRU14 dalam sejarah Malaysia sekaligus menjadi ahli parlimen termuda selepas memenangi kerusi Parlimen Batu.


5. Kerajaan Malaysia Baru juga melakar sejarah selepas melantik menteri termuda, Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan.


6. Kerajaan baru melalui Kementerian Kewangan telah melancarkan Tabung Harapan untuk melunaskan hutang kerajaan. Difahamkan sehingga 1 Julai lalu, kutipan mencecah RM132 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia.

image_1

7. 2 nama besar dalam UMNO, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Jamal Md Yunos menjadi buruan polis untuk membantu siasatan. Bagaimana kedua-duanya menghilangkan diri. Jamal berjaya ditahan di Indonesia manakala Musa masih dicari.


8. Terbaru, mengejutkan apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah semalam dan didakwa hari ini di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas 4 pertuduhan dan mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan tersebut dan mohon untuk dibicarakan.

Korang ada lagi kejutan-kejutan lain yang boleh dikongsi?

Semoga kejutan lain yang bakal berlaku baik-baik sahaja. Doakan yang terbaik untuk Malaysia dan kita semua.

 

Kredit gambar : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...