“Kerajaan Malaysia Sedar Tragedi MH370 Ialah Pembunuhan Beramai-ramai dan Bunuh Diri Juruterbang”

Trending

“Kerajaan Malaysia Sedar Tragedi MH370 Ialah Pembunuhan Beramai-ramai dan Bunuh Diri Juruterbang”

Menerusi rakaman dokumentari bertajuk MH370: The Untold Story yang bakal ditayangkan di Australia minggu ini, bekas Perdana Menteri Australia iaitu Tony Abbott memberitahu tragedi MH370 adalah satu jenayah pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri. Beliau membuat pendedahan “tahap tertinggi” di mana menurutnya kerajaan Malaysia tahu tentang perkara ini.

Beliau juga memberitahu dalam masa dua minggu adalah sangat jelas kepadanya bahawa pesawat itu hampir pasti sengaja dijatuhkan oleh juruterbang. Menurutnya lagi, tragedi MH370 adalah ‘pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri’ oleh juruterbang.

Advertisement

Pemahaman saya – pemahaman yang sangat jelas saya – daripada peringkat teringgi kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah pembunuhan beramai-ramai dan bunuh diri oleh juruterbang.

Tony Abbott yang memegang jawatan Perdana Menteri semasa tragedi itu berlaku berkata tidak akan memberitahu siapa yang memberitahu maklumat itu padanya. Tetapi menegaskan ia difahami di peringkat tertinggi bahawa ini adalah hampir pasti.

Kehilangan MH370

Pada tahun 2014, pesawat penumpang Boeing 777 hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang di atas kapal. Kehilangan pesawat ini membingungkan pakar penerbangan, ahli keluarga dan masyarakat dari seluruh dunia tentang lokasi sebenar pesawat.

Operasi mengesan dan mencari pesawat MH370 berakhir pada Mei 2018 apabila syarikat Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat gagal mengesan pesawat itu selepas mencari lebih 112,000 km persegi di dasar laut dalam setelah lebih daripada tiga bulan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...