Bekas Pensyarah UiTM Tak Serik, Kali Ini Didakwa Buat Gangguan Seksual Pada Pelajar Uni Swasta Di Nilai Pula

Kehidupan

Bekas Pensyarah UiTM Tak Serik, Kali Ini Didakwa Buat Gangguan Seksual Pada Pelajar Uni Swasta Di Nilai Pula

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sebelum ini didakwa melakukan gangguan seksual pada tahun 2024 didapati tidak serik dan masih melakukan perkara sama di tempat kerja barunya di sebuah kolej di Negeri Sembilan.

Menurut FMT, sumber memberitahu pensyarah berusia 52 tahun itu didakwa melakukan serangan seksual secara lisan terhadap seorang pelajar perempuan dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di sebuah kolej swasta terletak di Nilai pada bulan Mei yang lalu dan pensyarah terbabit telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 21 Mei.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

gambaran gangguan seksual

 

Nak jumpa sebab akademik tapi cakap pasal seks

Difahamkan, pensyarah tersebut sudah pun digantung tugas dan pegawai penyiasat, Hamimi Ramli ketika dihubungi mengesahkan tentang kes itu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM3,000. Kes kini dalam proses penyerahan dokumen dan pelantikan peguam bela bagi tertuduh.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila pelajar berusia 21 tahun itu membuat hantaran di media sosial tentang diajak berjumpa oleh pensyarah itu untuk tujuan akademik pada 23 April.

Namun, pensyarah tersebut didakwa bercakap tentang seks dan bertanya kepada pelajar berkenaan untuk menaip beberapa perkataan di laptop untuk membuat carian gambar berkaitan seks.

gambaran gangguan seksual

Gambar hiasan

Pelajar itu yang berasa takut kemudian menghantar mesej kepada rakannya dan meminta tolong sebelum membuat aduan kepada pihak pengurusan kolej dan laporan polis.

 

Kes lama pun masih berjalan

Terdahulu, pihak UiTM telah menamatkan perkhidmatan pensyarah tersebut selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di mana dia dipaksa menjawab beberapa soalan survey yang tidak senonoh menerusi panggilan telefon.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Tangkak pada Mac 2024 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan ekrana mencabul kehormatan seseorang. Bagi kes tersebut, perbicaraan masih sedang berjalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pelajar sindir pensyarah
2 months ago

"Tutup Mata Je Siapkan, Tak Susah Langsung" - Pelajar Sindir Pensyarah 'Try Hard' Bagi Tugasan Banyak, Bangga Siapkan Pakai Deepseek & ChatGPT

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...