Bekas Peninju Bunuh Kekasih Sedang Hamil

Dunia

Bekas Peninju Bunuh Kekasih Sedang Hamil

Seorang lelaki yang juga bekas peninju Olimpik Puerto Rico, Felix Verdejo didakwa kerana membunuh kekasih dan anaknya dalam kandungan wanita itu.

Kejadian ganas itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia membabitkan keganasan ke atas wanita di Wilayah Amerika Syarikat.

Advertisement

Menurut laporan AFP, Verdejo dilihat dalam perbicaraan secara maya di Mahkamah Persekutuan San Juan dan dia berdepan tiga tuduhan iaitu menculik dan membunuh Keishla Rodriguez yang sedang hamil anaknya.

Walau bagaimanapun, Hakim Camille Velez tidak membenarkan Verdejo, 27 dibebaskan dengan jaminan.

Dia yang sudah berkahwin dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan Rodriguez dan dipercayai menculik mangsa pada 29 April selepas wanita itu memaklumkan dirinya hamil.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...