Bekas Pengasuh Sedia Jaga Remaja OKU Jika JKM Beri Kebenaran

Trending

Bekas Pengasuh Sedia Jaga Remaja OKU Jika JKM Beri Kebenaran

Muhammad Firdaus Dullah, 15, sebelum ini bukanlah seorang yang kurus kering dan ditinggalkan terabai dalam sebuah bilik kotor dan busuk di sebuah rumah Flat Semarak Taman Semarak, Nilai.

Lapor Harian Metro, Sebelum ini dia dijaga oleh seorang wanita bernama Norfitri Radius, 42, selama kira-kira lapan tahun iaitu pada 2003 sebelum berkahwin dan berpindah ke Gemencheh, Tampin.
REMAJA OKU / HTJS
Kini, wanita itu yang berada di perkarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) semalam memberitahu dia sanggup menjaga Firdaus sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit.

Dia mendapat tahu tentang keadaan Firdaus yang menyedihkan, tidak diurus dan bergelumang najis dan air kencing setelah remaja malang itu ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P.

Dia juga tidak menyangka bahawa anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri itu ini terabai sehingga menjadi seperti mayat hidup.

Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus, Imashima Lola dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa.

Saya faham masalah yang dihadapinya sebab kami seperti adik beradik sentiasa berkongsi cerita dan masalah. Kali terakhir saya menghubunginya dua minggu lalu bertanyakan khabar dan dia memberitahu Firdaus sihat cuma tidak selera makan.

Penemuan Muhammad Firdaus mengejutkan dan menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap ia perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Dikhabarkan bahawa terdapat najis terpalit berhampiran mulut anak itu, yang dipercayai kerana dia mencapai apa saja yang ada kerana terlalu lapar.

Bersama kita mengambil iktibar dari kejadian ini.

Laporan asal: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. Anonymous

    June 24, 2014 at 11:49 am

    mmg x semua org sng..mmg ade org ssh….tp x kan la bnda basic mak dia x blh nk buat…mandikan la ank tu…bersihkan anak….bg mkn….org ssh mkn nasik ngan kicap pon bersyukur…bukan bdk tu mntk nasik beriyani pn…

  2. lady gagap

    June 24, 2014 at 11:32 am

    aku xkesah and tak amik port langsung walau ape alasan yg mak die beri.. kesempitan mcm mana sekali pun die xboleh buat anak die mcm tu.. tolonglah.. dah tiada ke humanity dlm diri die.. apatah lagi die seorng ibu dan yg dikurung tu bukan org lain tp anak die sendiri.. masya allah!!

  3. Raja Cholan

    June 23, 2014 at 6:59 pm

    Bukan Firdaus sahaja bernasib tidak baik seperti ini,malah ramai lagi OKU yang memerlukan pertolongan ! Oleh itu jangan lupa di Malaysia terdapat pelbagai bangsa yang memerlukan pertolongan daripada JKM !

  4. Elly Mazlein

    June 23, 2014 at 6:57 pm

    Sayu hatiku melihat remaja oku ini.. Emak dia memang tak kenang budi, sanggup biarkan anaknya berada dalam keadaan macam ini.. [nada sedih] :-(

  5. aral abd radhid

    June 23, 2014 at 5:14 pm

    Apakata smua raktat M’sia ni sumbang rm1.00 sorang setiap bulan dlm satu tabung utk pembiyaan SIFirdaus disamping bantuan dr K’jaan…….JKM bolih buat inisiatif mulakan & tadbit tabung trsebut…..rm1.00 sorang setiap bulan hingga keakhir hayat Firdaus….

Loading...